Meninjau Kompleks KEMAS Lenggong
April 17, 2021
KEMAS Lenggong sejak dulu melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan. Pelbagai hasil kraftangan juga dihasilkan. Ini wajar dipamerkan selain untuk tontonan yang berkunjung ke Kompleks KEMAS Lenggong ia boleh dijual bagi membantu meningkatkan sosioekonomi pengusahanya.
Hari ini, saya meninjau kawasan ruang legar komplek ini bersama Pegawai KEMAS Lenggong dan kontraktor yang akan melaksanakan kerja kerja ubah suai untuk dijadikan galeri dan ruang pameran.
Saya harap KEMAS Lenggong akan pamerkan pelbagai hasil kerja yang dilakukan termasuk hasil kreatif anak anak TABIKA. Insyallah ia akan membawa manfaat kepada semua.
#pelancongan #teamDSAN #parlimenlenggong #kemaslenggong