Mempengerusikan Mesyuarat Persatuan Ibubapa & Guru Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Lenggong

September 1, 2021

Hari ini mempengerusikan mesyuarat PIBG SMK Dato Ahmad Lenggong. Ini antara sekolah tertua dan terbesar di Hulu Perak dan telah melahirkan ramai tokoh tokoh ternama negara ini.

Saya berbincang bersama pentadbiran sekolah dan mendapat pelbagai laporan terutama bagaimana mahu memastikan proses pendidikan pelajar dilaksana dengan sempurna dalam norma baru Covid-19 ini.

Mesyuarat juga membuat keputusan mewujudkan Geleri dan mengubahsuai rumah Pengetua yang tidak digunakan sebagai Rumah Tamu SMDA.

Saya juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat peruntukan untuk pembinaan surau baru Sekolah Menangah Dato’ Ahmad Lenggong. Ia akan dibina sedikit masa lagi dan dalam proses perlantikan kontraktor oleh Pejabat Daerah Lenggong.

#teamDSAN #ketsa #lenggong #gerik #parlimenlenggong #BNCOMMS #tnb #rumahtiang16 #persatuankomunitipelancongan76lenggong #akisgallery #smda #alumnismd

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help