Memenuhi Jemputan Jamuan Aidilfitri YB ADUN Temenggor Gerik

April 21, 2024

Kesempatan saya hadir dan Memenuhi Jemputan JAMUAN AIDILFITRI YB ADUN Temenggor Gerik.

Sempat bersama Ybhg Tan Sri Mohd Tajol Rusli Ghazali. Beliau tokoh yang sangat berpengaruh dan berjasa besar di Hulu Perak khususnya di Gerik. Begitu banyak jasa yang beliau yang lakukan di Gerik, Perak.

Saya lahir di Kg Luat Lenggong. Itu kampong saya, namun arwah bapa saya seorang guru. Kerana itu saya membesar di Gerik. 9 tahun di RKT Bersia Gerik dan 14 tahun di Air Panas Gerik kerana mengikuti arwah ibubapa saya. Saya melihat perubahan yang berlaku di kawasan ini kerana hampir saban minggu berulang alik ke Lenggong bila cuti hujung minggu.

Arwah ibu saya dulunya adalah Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Gerik.

Saya pun ahli UMNO awalnya adalah di Taman Toh Purba Lahamat Gerik sebelum dibawa berpindah ke Tasek Chenderoh ( sebelum wujudnya Lenggong sebagai UMNO Bahagian paling bongsu di Perak ) oleh YAB Dato Seri Saarani Mohamad yang membimbing dan menasihati perjalanan politik saya hingga kini.

Saya melihat perubahan yang berlaku dan Ybhg Tan Sri Tajol Rosli Ghazali adalah tokoh penting yang melakukan perubahan, yang mengubah wajah Gerik dimana suatu ketika dulu adalah kawasan hitam.

PRU 2008 saya mulanya diarah bertanding atas tiket BN di Parlimen Gerik.

Namun saya tidak boleh meninggalkan Lenggong kerana Lenggong tanah kelahiran saya. Ybhg Tan Sri Tajol Rosli Tan Sri Ghazali akhirnya membuat keputusan menghantar saya bertanding di Lenggong.

Jasanya tidak akan saya lupa.

Malah dialah antara orang yang banyak memberi panduan kepada saya ketika menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia ( MBM ). Kami mencipta sejarah 2 orang dari Daerah Hulu Perak pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia ( MBM ).

Sebenarnya saya bekas pemimpin belia, aktif di Kg Luat Lenggong. 22 tahun sebagai Pengerusi Persatuan Belia Ikatan Baru ( PBIB Kg Luat ) Kg Luat ) Lenggong. Sebelum melibatkan diri dalam politik.

Kemudian saya mula melangkah menjadi pemimpin belia di daerah, negeri dan kebangsaan. Saya tidak boleh memegang jawatan di negeri, dan kebangsaan melainkan ada jawatan belia. Disinilah sekali lagi jasa YAB DS Saarani Mohamad ( cikgu Saarani ketika itu ) apabila melantik saya menjadi Setiausaha Gabungan Belia Daerah Lenggong dimana dia adalah Pemgerusi nya, dan kemudiannya meminta saya menjadi Pengerusi Majlis Belia Daerah Lenggong yakni mengambilalih daripada beliau. Dari sinilah saya mula melangkah sebagai pimpinan belia hingga menjadi Presiden MBM.

Arwah mak saya sentiasa berpesan. Hormati guru walaupun mereka mengajar kita hanya satu huruf.

Sebab itu saya sangat menghormati kedua tokoh ini.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help