Melepaskan Anak-Anak Ikan Di Sungai Perak
July 16, 2023
Semoga anak-anak ikan ini hidup segar di Sungai Perak.
Hari ini, bersama Ketua Pengarah AADK Malaysia dan warga AADK pelbagai peringkat saya melepaskan anak-anak ikan di Sungai Perak untuk dibiarkan di Sungai Perak berhampiran Jeti Nelayan MyPKP Kg Chepor Lenggong.
Ini satu daripada pengisian Program Hari AADK Bertemu Masyarakat di Kawasan Parlimen Lenggong.
Lenggong merupakan pengeluar ikan darat terbesar di negara ini. Pelbagai spesis ikan darat terdapat di sini antara yang popular Ikan Lampam Jawa, Ikan Tengalan, Ikan Luma, dan sebagainya.
Selain itu, di sini juga merupakan syurga bagi penggemar memancing dengan adanya Mini Amazon Kg Beng Lenggong.