Melawat Tasek Sendarhalu Kg Luat

June 15, 2024

Tasek Sendarhalu Kg Luat Lenggong adalah satu daripada Geotapak Geopark Lenggong.

Kawasan ini selain kawasan rekriasi, dan menjadi lokasi Lenggong Ourdoor & Extreme Sports.

Disamping akan dijadikan antara venue utama beberapa program bertaraf antarabangsa antaranya RIMBA RAID yang dijadualkan September 2024 ini. Program bertaraf antarabangsa ini akan menghimpunkan ramai pelumba motocross dari pelbagai negara seluruh dunia. Selain itu Pesta Sukan Air Lenggong 2024, dan beberapa acara lagi.

Hari ini saya melawat sekali lagi Tasek Sendarhalu Lenggong. Semua ini bagi memastikan kerja kerja naik taraf kawasan ini yang dibangunkan oleh Pusat Khidnat Ahli Parlimen Lenggong, Majlis Pelancongan Lenggong, dan Majlis Daerah Lenggong, siap dan dilaksanakan mengikut jadualnya.

Kawasan yang dijaga oleh Kelab Kebajikan & Rekriasi Kg Luat Lenggong juga bakal akan lengkap dengan Galeri Sayangi Lenggong, Gelari Makanan Tradisional Lenggong, taman awam, Cafe Kopi Lenggong, Kawasan Aktiviti, Pejabat Kelab Kebajikan & Rekriasi Kg Luat dan sebagainya.

Menariknya kawasan Tasek Sendarhalu ini juga akan di cantikkan dengan pencahayaan lampu agar menarik orang ramai diwaktu malam sebagai kawasan riadah.

INFO : Pusat Khidmat MP Lenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help