Melawat Pak Cik Ibrahim Shahid
Melawat Pak Cik Ibrahim Shahid di Kampong Pisang Kota Tampan Lenggong.
Merujuk kes viral ekoran berita Harian Metro: ” OKU Warga Emas Tunggu Bantuan ” . ( Disiar 4.4.2020 )
Namun saya sedikit hairan kenapa perlu perkara ini disensasikan. Rasanya tidak perlulah kita mempolitikkan perkara seumpama ini diketika negara sedang berhadapan Covid 19.
Dan secara kebetullan saya berada di Lenggong. Maka saya ambil kesempatan melawatnya.
Saya mengenali Pak Cik Ibrahim Shahid, 73
yang tinggal bersendirian di Kg Pisang Kota Tampan, Lenggong.
Beliau menghabiskan usia tua dengan hanya melakukan kerja-kerja rumah, mengaji quran dan duduk berehat. Selain seorang OKU Fizikal, beliau memghidapi penyakit darah tinggi. Namun kesihatannya agak memuaskan.
Saya juga tahu bahawa UMNO Lenggong, pimpinan di Kampong ini, sentiasa mengambil berat dan membantu Pak Brahim.
Bantuan telahpun sekali lagi disampaikan kepadanya pada hari ini.
Sebenarnya, beliau adalah penerima bantuan JKM sejak tahun 1999 bagi skim Elaun Pekerja Cacat dan kemudian ditukar kepada skim Bantuan Orang Tua sejak tahun 2009 sehingga kini dengan kadar RM 350.00 sebulan. Maknanya beliau mendapat bantuan secara bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ).
Kerana itu, tidak timbul bantuan tidak diberikan kepada Pak Ibrahim. Malah, bantuan kepada beliau diketika Covid 19 ini juga ada, cuma belum sampai kepadanya sahaja ketika wartawan datang kerumahnya dan menyiarkannya di Harian Metro.
Saya juga telah menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak. Mereka memaklumkan akan berusaha membantu beliau dengan sebaik mungkin bersama sama dengan pihak Penghulu, Baitulmal dan agensi berkaitan bagi memastikan keperluannya sepanjang tempoh PKP ini tidak terjejas.
Saya ucapakan terima kasih pada JKM dan semua yang sentiasa prihatin.
Malah sebenarnya, jiran jiran Pak Ibrahim juga sentiasa mengambil berat dan sentiasa membantu beliau.
Saya juga telah meluluskan RM10,000 untuk baikpulih rumah beliau terutama bahagian dapur dan bilik air. Saya melihat keadaan rumah Pak Cik Ibrahim jadi ianya patut dibaikpulih.
YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH