Melawat & Mendengar Taklimat Ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICOS) Bukit Kayu Hitam Kedah

January 8, 2023

Hari ini saya ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Ketibaan saya disambut oleh YBrs. Tuan Jafri bin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) dan Tuan Mohd Ridzzuan bin Mohd Zain, Pengarah Imigresen Negeri Kedah.

Bagi membolehkan maklumat lengkap operasi dipintu masuk utara diperolehi saya telah melawat kaunter kenderaan ringan dan bilik kawalan utama CCTV ICQS Bukit Kayu Hitam.

Taklimat telah disampaikan oleh OCS Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Turut bersama dalam lawatan ini YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah, YBrs. Tuan Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN dan juga pegawai-pegawai Kanan Agensi Kerajaan di bawah KDN.

Saya melihat kesungguhan dan komitmen tinggi warga KDN di sini melaksanakan tanggungjawab mereka. Pastinya peranan mereka besar bagi menjaga imej Malaysia.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Kementerian Dalam Negeri.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help