Melawat Depot Imigresen Kota Kinabalu Di Manggatal Sabah

October 28, 2023

Saya mengadakan lawatan kerja ke Depot Imigresen Kota Kinabalu di Manggatal.

Saya juga diberikan taklimat mengenai operasi dan kapasiti petugas serta tahanan imigresen. Depot yang boleh menempatkan maksimum 2,100 orang tahanan ini merupakan depot tahanan imigresen terbesar di negeri Sabah. Turut dibentangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengurusan depot dan cadangan penambahbaikan juga telah diusahakan bagi memberi keselesaan kepada petugas dan penghuni depot tersebut.

Turut hadir YBrs. Tuan Anuar Zaki bin Bakar, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, YBhg. Datuk Sh Sitti Saleha @ Sh Saleha Binti Yussof, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dan Pegawai-Pengawai Kanan KDN dan JIM Sabah.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani
#JabatanImigresenMalaysia

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help