Melancarkan Pertandingan Lenggong Tasek Raban International Kayak Orienteering

July 29, 2023

Lenggong Tasik Raban International Kayak Orienteering berlangsung di Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 28hb Julai hingga 29 Julai 2023.

Lebih 90 pasukan dalam dan luar negara beraksi dengan durasi masa selama 8 jam perlumbaan tanpa henti melibatkan jarah sejauh 30 kilometer.

Sukan Orienteering berkayak (sukan navigasi pemetaan) menawarkan kategori Terbuka Lelaki/Campuran berpasukan 2 orang manakala Terbuka Master lelaki/Campuran berpasukan 2 orang.

Pertandingan ini dianjuran oleh AKADEMI OREINTEERING MALAYSIA dan Majlis Daerah Lenggong, Tourism Perak, Majlis Pelancongan Lenggong.

Melancarkan Pertandingan

Ia diuruskan oleh urusetia di ketui Pengarah Program, Shamsurie.

Salah satu tujuan utama adalah bagi mencipta rekod kebangsaan (Malaysia Book of Records) bagi ketegori ” LONGEST NON STOP KAYAK ORIENTEERING EVENT.

Acara ini mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan negeri Perak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Majlis Pelancongan Lenggong, Tourism Perak, Majlis Daerah Lenggong dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Objektif acara ini adalah bagi mempromosikan Lenggong sebagai tapak Geopark Kebangsaan, mempromosi pembangunan sukan kayak orienteering untuk negara , mempromosi industri pelancongan domestik, meningkatkan ekonomi setempat dan mendidik belia supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Catatan : Sebelum ke Pusat Penamaan Calon Di Nibong Tebal (N21 Sungai Aceh) Pulau Pinang saya balik dulu ke Lenggong untuk menjayakan program di Kawasan Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help