Melancar & Merasmikan Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023

June 16, 2023

Bertemakan “Unplug & Reconnect”, serta sokongan dan kerjasama besar yang terjalin antara penganjur dan lebih daripada 35 komuniti yang terlibat festival 2023 lebih menarik serta meriah berbanding kali pertama diadakan 2022 lalu.

Saya diberikan penghormatan melancar dan merasmikan festival ini yang kini lebih hijau, mesra alam sekitar dan mampan.

Pastinya saya berterima kasih kerana LOCOL terus menjadikan Lenggong lokasi festival ini dan ia bertepatan dengan usaha Lenggong membangunkan sektor pelancongan sesuai Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Lenggong Geopark.

Selepas dijenamakan semula kepada “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 – (ODF23)” baru-baru ini, festival aktiviti luar pertama di Malaysia kini bergerak ke hadapan dengan langkah yang lebih hijau di mana tahun kedua ini dengan lebih menggalakkan kesedaran dan tindakan alam sekitar.

Berlatarbelakangkan lokasi Resort Tasik Raban, Lenggong di negeri Perak, yang menarik kerjasama dengan Majlis Daerah Lenggong diharap dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih untuk semua demi kebaikan semua.

Saya turut melancarkan Kempen “Total Clean-up Day @ Lenggong” ketika perasmian ODF23, yang akan dihadiri oleh penduduk setempat dan komuniti yang tinggal berhampiran.

Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 dikendalikan oleh Pengarah Bersama LOCCO, Shamsul Bahrin Zainuzzaman, dan Ridzwan Nazari.

Pelbagai aktiviti, pertandingan, perbincangan dan perkongsian ilmu, dilaksanakan sepanjang acara ini.

Billy Dharmawan, Pengurus Jenama Kahf dari Indonesia hadir dan mereka menyokong dan menaja Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23). Sokongan Kahf bukti bahawa mereka komited untuk menyokong kebaikan dan berusaha ke arah meninggalkan kesan sosial yang positif kepada peserta festival, alam sekitar, dan komuniti ini secara amnya.

Kahf adalah jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki dari Indonesia yang halal dan diilhamkan olehalam semula jadi yang menawarkan pelbagai produk seperti pencuci muka, EDT, pelembap dan rawatan janggut.

Lebih daripada 1,500 peserta menyertai tahun ini, ODF23 disokong oleh lebih daripada 35 kumpulan komuniti dan penaja bersama iaitu ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals. Rakan strategik kami juga termasuk RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, Decathlon dan Nomadism.

Pada tahun ini, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) telah menjadi Rakan Pengimejan Rasmiuntuk ODF23 untuk merakamkan pelbagai momen yang tidak dapat dilupakan peserta festival dan penonton.

Selain itu, Canon mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam mempromosikan kelestarian dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar melalui penceritaan yang berkesan. Kerjasama ini menjanjikan peningkatan pengalaman keseluruhan dan mencipta kenangan yang berkekalan untuk saat-saat yang penting.

Pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang KLOF 2023 termasuk perkhemahan, berkayak, Stand Up Paddling, Bridge Rappelling dan memanah. “Merentas Desa” juga turut diteruskan pada tahun ini, dengan aktiviti lain yang baharu diperkenalkan iaitu ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing. Beberapa bengkel akan dijalankan, antaranya handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta keselamatan air.

Bagi menyemarakkan lagi suasana hari dan malam semasa ODF23, sesi perkongsian dan forum dan sebagainya.

Menjadi harapan saya agar acara ini pada 2024 diangkat menjadi acara bertaraf antarabangsa, ianya sesuai dengan perancangan kearah mwnjadikan Lenggong UNESCO Global Geopark sewal 2025 nanti. Dan jika 2023 melibatkan lebih 1500 peserta dari seluruh negara termasuk Indonesia, maka harapan kita 2024 kita dapat membawa peserta daripada pelbagai negara.

Bersama saya dalam majlis pelancaran ini ialah Yang Di Pertua Majlis Daerah Lenggong dan Setiausaha Majlis Daerah Lenggong.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)
Ahli Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help