Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Tahun Ini
June 28, 2021
#BuletinBernama : Tiada kenaikan tarif elektrik bagi tahun ini selepas kerajaan bersetuju mengekalkan purata tarif asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada kadar 39.45 sen per kilowatt jam bagi tahun 2021.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata turut dikekalkan adalah rebat sebanyak 2 sen per kilowatt jam bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021