PTPTN Buat Laporan SKM & Polis

January 12, 2014

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkaitan institusi itu.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang sengaja menjatuhkan kredibiliti agensi berkenaan.

“Kita bukan sahaja melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tetapi juga telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

“Jadi laporan ini untuk menunjukkan bahawa kita bertegas kepada pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kredibiliti PTPTN.

“Apa yang kita buat ini untuk menjaga kedibiliti di samping kita tak mahu orang lain mempermainkan kita.

Atas sebab itu katanya, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang sengaja nak memburuk-burukkan PTPTN maka satu tindakan akan diambil.

“Kita lihat jika ia menyalahi undang-undang maka kita akan ambil tindakan.

Sehubungan itu, Shamsul Anuar berharap, rakyat tidak tertipu dengan sebarang khabar angin berkaitan PTPTN.

Tambah beliau, terdapat ramai pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan sosial media untuk menjatuhkan kredibiliti PTPTN.

“Jadi kita harap rakyat tidak tertipu dengan pihak-pihak ini.

“Janganlah lagi menjatuhkan kredibiliti institusi yang penting kepada kita,” katanya.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help