Video#PRKKualaKangsar2016 Calon BN Mempunyai Kekuatan & Disokong Sepenuhnya Parti

June 6, 2016

Calon Barisan Nasional (BN) sahaja dapat meneruskan pembangunan di Kuala Kangsar kerana mempunyai kekuatan tersendiri dan disokong sepenuhnya oleh parti dan kepimpinan.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ketika ditemui selepas bersama-sama turun padang pada hari penamaan calon di Kuala Kangsar pada Sabtu.

“Saya harap Pilihan Raya Kecil (PRK) ini rakyat di Kuala Kangsar akan tetap sokong Barisan Nasioanl iaitu wakil yang betul-betul dapat tentukan masa depan rakyat terbela.

“Sebab itu kita tidak boleh pilih calon yang tidak mempunyai kekuatan, kita mesti pilih calon yang mempunyai kekuatan yang disokong oleh kepimpinan dan parti yang terbukti dan mampu.

“Kebaikan yang boleh beri kepada rakyat ialah calon BN, Datin Mastura Yazid” katanya.

Tambah beliau, dengan kelayakkan dan kelebihan yang ada pada Datin Mastura, beliau diyakini dapat meneruskan pembangunan di Kuala Kangsar yang sekaligus menyambung perjuangan suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang merupakan sebelum Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

“Dalam tempoh kempen ini rakyat diharapkan tidak terpengaruh dengan janji kosong kerana janji sahaja tidak mampu beri kebaikan. yang boleh dan mampu menunaikan janji hanya BN dan ia terbukti menerusi pilihan raya sebelum ini.

“Jadi saya harap rakyat lebih matang buat keputusan dan tetap terus memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memimpin dan mewakili kawasan ini,” kata Datuk Shamsul Anuar kepada pemberita.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links