VideoPersidangan ACB 2021, Disertai 800 Peserta Dari ASEAN

July 8, 2021

Persidangan Biodiversiti ASEAN 2021 atau ACB 2021 secara maya Isnin lalu disertai 800 peserta khususnya dari negara ASEAN. Sidang dianjurkan dengan kerjasama ASEAN Centre for Biodiversity (ACB) itu dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan negara ASEAN.

Kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyebut persidangan diadakan untuk memperkukuhkan pendirian. Negara-negara ASEAN sebagai persediaan ke Persidangan Negara Parti kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi ke-15 di China, hujung tahun ini.

Beliau yang merasmikan persidangan tersebut memberitahu, penganjurannya sangat signifikan dalam menunjukkan kepimpinan Malaysia dalam pengurusan biodiversity di rantau ASEAN dan Antarabangsa.

Antara dibincangkan adalah tindakan dan usaha penambahbaikan dalam memulihara kepelbagaian biologi dan perkhidmatan ekosistem.

Topik berkaitan kerangka Biodiversiti Global Pasca 2020, hala tuju ASEAN pasca pemulihan pandemik, biodiversiti masa kini dan akan datang serta sinergi penjagaan alam semula jadi antara yang turut dibincangkan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links