Permintaan Tinggi Punca Kegiatan Ah Long Masih Berleluasa
October 11, 2023
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kegiatan ‘Ah long’ atau ceti haram masih berleluasa di negara ini disebabkan adanya permintaan tinggi daripada masyarakat.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, faktor tawaran pinjaman disediakan Ah long lebih mudah dan senang berbanding yang disediakan institusi perbankan dan kewangan berlesen, turut menarik perhatian peminjamnya.