Pendidikan Dijangka Kekal Menjadi Fokus Utama Bajet 2017
October 26, 2016
Pendidikan Dijangka Kekal Menjadi Fokus Utama Bajet 2017 kata Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Isu pendidikan diyakini akan tetap menjadi tumpuan utama dalam Bajet 2017.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, ini selari dengan komitmen kerajaan untuk menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Katanya, pendidikan berubah mengikut keadaan semasa, terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Justeru, Malaysia harus proaktif terhadap perubahan ini seiring matlamat mencapai status negara maju sepenuhnya menjelang 2020