Peminjam PTPTN – Tindakan PTPTN Ambil Kira Semua Aspek
September 26, 2016
Peringatan Kementerian Pendidikan Tinggi, supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN, tidak menganiaya peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pendidikan, jelas menunjukkan PTPTN sentiasa dipantau kerajaan.
Berhubung isu itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, PTPTN tidak mengambil tindakan sewenang-wenang; sebaliknya mengambil kira semua aspek dan mendapat pandangan pelbagai pihak.