VideoMinggu Perbahasan Bajet 2017 Bakal Menjadi Bukti Pembangkang Parti Retorik

October 25, 2016

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata minggu perbahasan pembentangan Bajet 2017 bakal menjadi bukti kukuh bahawa pembangkang adalah pelakon sandiwara terbaik sekaligus menepis dakwaan mereka sendiri kononnya kerajaan sekarang bankrap.

Ini kerana jelas beliau, di dalam perbahasan bajet nanti ahli-ahli parlimen pembangkang akan berebut-rebut memohon pelbagai peruntukan pembangunan itu kawasan mereka dari pihak kerajaan.

“Inilah sandiwara terbesar pembangkang. Mereka dakwa kerajaan tiada duit, bajet dibentangkan palsu tetapi mereka berlumba-lumba mohon peruntukan pembangunan untuk kawasan mereka. Kalau mereka percaya kerajaan bankrap kenapa mereka bersungguh-sungguh memohon pelbagai peruntukan.

“Waktu perdana menteri bentangkan bajet mereka bertindak liar, kononnya boikot dan keluar dewan tapi waktu perbahasan mereka mengambil penglibatan dan memohon itu dan ini.

“Jadi untuk rakyat, sudah-sudahlah mendengar dan menyokong pembangkang kerana sejak dulu hingga kini tidak ada satu kerja yang baik mereka lakukan untuk rakyat melainkan mencari salah dan kelemahan kerajaan pimpinan sedia ada,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shamsul Anuar, apa yang dibentangkan di dalam Bajet 2017 sebenarnya secara tidak langsung telah menjawab semua persoalan-persoalaan yang dibangkitkan rakyat berkaitan kemiskinan, kesempitan hidup, pembelaan kepada petani, nelayan dan sebagainya.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links