VideoMalaysia Kongsi Rancangan Peralihan Tenaga Dengan Menteri Tenaga ASEAN

June 22, 2021

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) fokus untuk mencapai sasaran 31 peratus Tenaga Diperbaharui (RE) dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025, dan 40 peratus menjelang 2035 sebagai rancangan peralihan tenaga hingga tahun 2040.

Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melalui satu kenyataan berkata, kapasiti terpasang bagi RE di Malaysia setakat ini mencapai 7,995 megawatt dan dijangka meningkat sehingga 18,000 megawatt menjelang 2035.

Tambah beliau,kawasan Semenanjung Malaysia akan diutamakan bagi meningkatkan pengagihan RE dalam gabungan kapasiti tenaga, memandangkan ia meliputi 80 peratus permintaan elektrik negara.

Dari 31 peratus sasaran RE pada tahun 2025, 26 peratus adalah dari Semenanjung.

Sementara dari 40 peratus sasaran RE bagi tahun 2035, 32 peratus mewakili Semenanjung.

Jelasnya lagi, kapasiti RE di Semenanjung disasarkan meningkat daripada 4,430 megawatt ketika ini kepada 10,944 megawatt dalam 15 tahun akan datang

Beliau berkongsi rancangan peralihan tenaga Malaysia itu semasa mesyuarat Khas Menteri-menteri ASEAN yang berlangsung secara maya.

Kementeriannya juga merancang untuk memperkenal sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), dengan jumlah kapasiti 500 MW mulai 2030 dan tahun seterusnya.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links