Kerajaan Setuju Beri Rebat Tambahan Kepada 9.44 Juta Pemilik Akaun TNB
June 28, 2021
Tarif elektrik semasa kekal sehingga hujung tahun ini.
Bermaksud lebih 9.44 juta pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad, TNB akan terus menikmati rebat elektrik, sebanyak 2.00 sen per kilowatt jam bermula 1 Julai hingga 31 Disember.
Jelas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah keputusan berkenaan mengambil kira cabaran dan kesukaran dihadapi rakyat berdepan fasa satu Pelan Pemulihan Negara PPN.
Selain pembiayaan rebat tambahan, kerajaan juga bersetuju memberikan diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah.
Butiran mengenai inisiatif berkenaan akan diumumkan Perdana Menteri dalam masa terdekat.