Kerajaan PH Tak Berkualiti & Tak Berkredibiliti… Banyak Buat Kerosakan
November 15, 2019
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata tidak mempunyai kualiti dan berkredibiliti dalam mentadbir serta mengurus negara, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Atas ketidakcekapan PH itu bidasnya lagi, mereka memberikan alasan dangkal bahawa kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) telah membuat kerosakan hingga menyebabkan tidak mampu menunaikan janji-janji.
Menurut Dr Shamsul, realitinya pada hari ini apa yang berlaku sebaliknya bila mana PH sebenarnya yang telah banyak membuat kerosakan terhadap ekonomi negara ini, dengan memberikan contoh nilai mata wang dan indeks saham sebagai indikator.