VideoIsu Scorpene Penipuan Bertaraf 16 September

October 10, 2012

KUALA LUMPUR 10 Okt — Pembohongan pembangkang berhubung isu pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002 dilihat sama taraf kedudukannya dengan isu pembohongan mereka mengenai 16 September.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata itulah pembangkang yang hanya hidup di atas persepsi, fitnah semata-mata dalam usaha menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap kerajaan hari ini.

Menurut beliau budaya mereka yang hanya menimbulkan fitnah dan sebagainya lagi menunjukkan kepada rakyat bagaimana sikap serta tidak tanduk mereka yang hanya memanipulasi isu-isu sensasi untuk kepentingan mereka.

“Pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di negara itu sebenarnya tidak berlaku itu menyerlahkan kepada umum seolah-olah mereka sengaja timbulkan isu sensasi dengan tujuan timbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links