Masjid Ubudiah Kg Banggol Belimbing

June 15, 2024

RM350,000 bagi kerja naik taraf Masjid Ubudiah KG BANGGOL BELIMBING LENGGONG.

Masjid ini bersejarah, menarik dan cantik seni binanya. Merupakan satu daripada Geotapak Lenggong Geopark dan mashid yang dijaga seni binanya.

Hari ini saya melawat bersama Ketua Kampung Banggol Belimbing Lenggong dan pimpinan kampong bagi melihat skop kerja Projek naik taraf masjid ini.

Saya meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi tujuan mengindahkan ini dengan membina dataran kejat, landskap serta beberapa ubah suai yang lain. Semua ini bagi memastikan bahagian hadapan masjid terpilihara keindahannya seni binanya.

Saya juga ingin maklumkan bahawa YAB Menteri Besar Perak yang juga ADUN Kota Tampan juga meluluskan RM200,000 bagi kerja kerja pembaikkan bumbung dan syiling yang rosak dan bocor. Diharap peruntukan ini akan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help