Masjid Daerah Lenggong Di Kg Batu Dinding
September 7, 2022
Hari ini saya mendengar perbentangan dan mengadakan perbincangan serta memutuskan rekabentuk @ design akhir Masjid Daerah Lenggong.
Masjid ini akan menjadi mercu tanda baru Lenggong. Masjid akan lengkap dengan Dewan Seminar, Bilik Mesyuarat, Perpustaan, 7 Unit Gerai Jualan, Taman Awam dan memuatkan lebih 1500 jemaah secara keseluruhan.
Insyallah jika tiada isu lagi, akhir Oktober 2022 Masjid Daerah Lenggong akan mula dilaksanakan.
Semoga Masjid Daerah Lenggong akan menyediakan tempat ibadah yang selesa kepada masyarakat di Lenggong.