Masjid Daerah Lenggong Bakal Jadi Mercu Tanda Baharu
LENGGONG – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan Masjid Daerah Lenggong yang sedang dibina merupakan sumbangan Yayasan Al-Bukhary dan dijangka menjadi mercu tanda baharu di Lembah Lenggong.
Menurut beliau, pembinaan masjid ini bukan sahaja memenuhi keperluan ibadah, malah dirangka sebagai pusat komuniti yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk kegunaan masyarakat setempat.
Beliau berkata, antara kemudahan yang akan disediakan termasuk dewan program, bilik perpustakaan, bilik mesyuarat, gerai jualan serta kemudahan lain yang bersesuaian.
“Saya harap Masjid Daerah Lenggong menjadi pusat kegiatan masyarakat dan diimarahkan sebaiknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke pembinaan Masjid Daerah Lenggong di kawasan pembinaan masjid berkenaan.

