Malaysia Perkukuh Kerjasama Perundangan Serantau, Tandatangan Perjanjian Ekstradisi ASEAN

November 15, 2025

MANILA, 15 November – Malaysia mezahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama perundangan serantau melalui penyertaan aktif dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Undang-undang ASEAN ke-13 (ASEAN Law Ministers Meeting) dan Upacara Penandatanganan ASEAN Extradition Treaty (AET) di Grand Hyatt Manila, BGC Taguig City, pada Jumaat.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Undang-undang Filipina sebagai tuan rumah itu dihadiri oleh menteri dan wakil rasmi dari semua negara anggota ASEAN, menekankan kepentingan penyelarasan dasar undang-undang serta mekanisme kerjasama dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, penyertaan Malaysia menunjukkan keazaman negara dalam meningkatkan keberkesanan tindakan bersama terhadap jenayah merentas negara serta memperkukuh mekanisme ekstradisi serantau.

“Usaha ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan diplomatik di kalangan negara ASEAN, malah menegaskan peranan Malaysia dalam memastikan keselamatan dan keadilan serantau,” katanya melalui laman sosial kementerian.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/malaysia-perkukuh-kerjasama-perundangan-serantau,-tandatangan-perjanjian-ekstradisi-asean

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help