Malaysia Next Leaders

September 10, 2023

MALAYSIA NEXT LEADERS yang dilaksanakan Akademi Kepimpinan Malaysia, sekali lagi diadakan dan hari ini di Bagan Datuk Perak.

Program yang dianjurkan oleh AKADEMI KEPIMPINAN MALAYSIA dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk Perak.

Lebih 650 pemimpin pelajar pelbagai sekolah Menengah dan Mahasiswa dari Bagan Datuk serta pimpinan Belia/NGO terlibat program siri ke 7 dan pertama di Perak pada kali ini.

Lebih istimewa MALAYSIA NEXT LEADERS di Bagan Datuk Perak kali ini mendapat kerjasama daripada 27 pejabat kerajaan, agensi, pelbagai IPTA/S, Institusi Pendidikan, Pertubuhan Belia, NGO dan sebagainya.

Hadir sama ialah YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah selaku Pengerusi program anjuran Akademi Kepimpinan Malaysia.

Matlamat NEXT ialah membina & mencari pemimpin untuk masa depan. Bakat serta potensi mereka digilap dan akan diketengahkan termasuk mereka yang terpilih akan dihantar dalam pelbagai program seterusnya di Institusi Latihan, atau mana mana GLC atau Syarikat dalam dan luar negara.

NEXT dilaksana diseluruh negara dan dipelbagai Institusi Pendidikan, IPTA / IPTS yang melibatkan program:

a. Seminar Pelajar Pintar
b. u – TOWN HALL
c. DEBAT -u

YAB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya menyebut dan Memetik pesanan daripada Saidina Ali R.A, Khalifah Islam yang keempat:

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini”.

Beliau menyebutkan ini ketika bertemu dengan golongan belia yang mengikuti Program Malaysia Next Leaders@ Bagan Datuk yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Malaysia di Dewan Lope Hashim, Bagan Datuk, Perak, sebentar tadi.

YAB Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau amat mendokong program ini yang memberikan peluang, ruang, serta bimbingan kepada golongan belia untuk menterjemahkan penggilapan dan juga ketrampilan di dalam bakat kepimpinan masa kini dan akan datang.

Beliau juga mahu program ini diteruskan dan diadakan diseluruh negara.

Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, beliau bersedia untuk memberikan peruntukan yang telah disediakan untuk Ahli Parlimen bagi memastikan kesinambungan Program Next Leader di Bagan Datuk ini.

Beliau berharap agar usaha ini dapat mencapai keberhasilan dalam mencari bakat dan potensi baharu kepimpinan muda bukan sahaja di Bagan Datuk, tetapi juga di seluruh pelusuk negara secara keseluruhannya dengan melahirkan seorang pemimpin yang penuh potensi dan berkaliber.

Hadir dalam program ini selain YB Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) ialah Ketua Polis Perak, Pegawai Daerah Bagan Datuk, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk, Ketua Ketua Jabatan Dan Agensi, Wakil IPT dan Pengetua atau wakil serta pimpinan pelbagai NGO yang terlibat dalam prpgram ini.

-tamat-

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help