Malam Santai MADANI Anak Muda FELDA
Pengundi Pelangai perlu gunakan peluang yang ada untuk memilih calon BN agar kemenangan ini dapat mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan di Pahang.
Maka, dengan kukuhnya Kerajaan Perpaduan di Pahang ia akan lebih membawa manfaat kepada rakyat kerana kerajaan negeri mampu memberikan focus kepada membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.
Ketika ini pelbagai perkara baik sedang kerajaan lakukan. Ini termasuklan membangunkan ekonomi, melengkapkan prasarana terutama yang penting menjaga kebajikan rakyat.
Yakinlah, memilih calon BN bermakna rakyat di Pelangai mempunyai pemimpin yang akan menjadi wakil bagi menyuarakan apa juga perkara berkaitan kepentingan rakyat di Pelangai. Ini tentukan akan membawa faedah besar kepada rakyat di Pelangai.
Saya hadir dalam Malam Santai MADANI ANAK MUDA FELDA di Dataran Ilmu FELDA Chemomoi. Program anjuran J-KOM telah menghimpunkan ramai anak muda dan penduduk FELDA Chemomoi.
Ini program ke 4 saya di Pelangai dan saya pulang semula ke Kuala Lumpur jam 11 malam daripada FELDA Chemomoi.