Makanan Tradisional Lenggong Diserlahkan Dalam Lawatan Akademi Lenggong
LENGGONG – Makanan Tradisional Lenggong terus diketengahkan sebagai antara produk penting dalam pembangunan Lenggong UNESCO Global Geopark apabila peserta Lawatan Akademi dibawa menikmati pengalaman jamuan secara tradisional di Rumah Tradisional Tasek Sendarhalu, Kampung Luat.
Lawatan Akademi ke kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO ini dilaksanakan pada 2 April 2026 di bawah Program Lenggong Dialog 2026. Program berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pelancongan Lenggong, Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan Geokomuniti Lenggong Geopark, dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Daerah Lenggong serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong.
Matlamat utama penganjuran lawatan ini adalah untuk memperkukuh usaha menjadikan kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark sebagai Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka. Inisiatif ini turut menyokong pengukuhan peranan Lenggong sebagai destinasi pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu berasaskan komuniti.
Program ini disertai oleh pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), antaranya:
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Sains Malaysia (USM)
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
10. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
11. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13. Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)
14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
15. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
16. Universiti Islam Selangor (UIS)
17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
18. Sunway University
19. Taylor University
20. Quest University
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memartabatkan warisan dan nilai geopelancongan Lenggong, termasuk memperkenalkan elemen budaya setempat seperti amalan makan tradisional sebagai pengalaman bermakna yang menyokong pemahaman lebih menyeluruh terhadap identiti dan keunikan komuniti Lenggong.

