Majlis Taklimat Presiden UMNO Di Dewan Merdeka WTC

September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menzahirkan keyakinan bahawa masa depan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap cerah sekiranya seluruh jentera parti bersatu padu dalam usaha mengukuhkan organisasi serta memulihkan imej parti di mata rakyat.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Taklimat Presiden UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2026 bermula jam 3.00 petang.

“Bila awan mendung berarak lalu, insyallah langit biru akan menjelma,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu yang turut menegaskan kepentingan setiap lapisan kepimpinan dan akar umbi untuk menjadikan agenda pengukuhan parti sebagai keutamaan.

Shamsul Anuar menekankan bahawa kunci kepada kebangkitan semula UMNO dan BN terletak pada keupayaan parti dalam meyakinkan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

“Kuat dan kukuhkan parti, pulihkan imej UMNO BN. Yakinkan rakyat dengan perkhidmatan terbaik untuk mereka. Insyallah Malaysia akan BN UMNO birukan,” tegas beliau.

Majlis taklimat tersebut dilihat sebagai platform penting bagi menyampaikan hala tuju serta strategi terkini parti kepada seluruh jentera UMNO menjelang cabaran politik akan datang, sekali gus mencerminkan kesungguhan kepimpinan parti dalam merancang langkah strategik untuk kembali memenangi keyakinan dan kepercayaan rakyat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help