Majlis Taklimat Pengoperasian & Tugas Pejabat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) KDN
January 26, 2023
Saya hadir bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Menteri Dalam Negeri dalam taklimat pengoperasian dan tugas Pejabat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Kementerian Dalam Negeri di bilik mesyuarat pejabat Menteri Dalam Negeri.
Taklimat telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
Sesi taklimat tersebut turut dihadiri YBhg.Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri dan Ahli-ahli SPP serta pegawai kanan KDN.