Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang Parlimen Lenggong
October 21, 2021
Pendidikan keutamaan saya.
Saya mengadakan MAJLIS SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG Parlimen Lenggong di Kompleks Komuniti KEMAS Lenggong.
Seramai 95 pelajar cemerlang SPM dan 35 pelajar cemerlang STPM telah menerima sumbangan. Ini sebagai suatu pengiktirafan kepada anak anak Lenggong yang berjaya.
Namun, ingatkan kepada anak-anak Lenggong,
“Kejayaan ini ada permulaan kepada usaha mencipta kejayaan yang lebih besar. Justeru berusahalah untuk lebih berjaya. Semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin bernilai diri kita”
Majlis ini dihadiri YB ADUN Kenering, Puan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak, Pengetua Pengetua Sekolah Menengah, Guru Guru dan ibubapa pelajar yang menerima sumbangan.