Majlis Santapan Petang Di Istana Negara

September 1, 2023

60 WIRA DAN AHLI KELUARGA PDRM YANG TERLIBAT SEWAKTU PERTEMPURAN DI SABAH DIRAI DYMM SPB YDP AGONG PADA MAJLIS SANTAPAN PETANG DI ISTANA NEGARA.

Dihargai jasa dan pengorbanan. Seramai 60 wira Polis Diraja Malaysia (PDRM), keluarga, waris, balu dan rakan seperjuangan yang terlibat sewaktu pertempuran berdarah tahun 2013 lalu dekat Simunul di Semporna dan Tanduo di Lahad Datu, Sabah diraikan dalam majlis santapan petang di Istana Negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan meraikan kesemua mereka.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri (MDN) dengan isteri, Datin Seri Norhayati Musa, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri, Puan Sri Zainah Othman dan YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri, Datin Seri Hamisah Hussin.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Hishamuddin Tahar dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato’ Nerita Yaakob juga hadir dalam majlis itu.

Majlis santapan ini satu pengiktirafan daripada Seri Paduka Baginda Tuanku berdua kepada wira-wira Pasukan dan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam menghadapi ujianNya sewaktu mempertahankan tanah air tercinta, suatu ketika dahulu.

Pertempuran berdarah di Kampung Tanduo dekat Lahad Datu dan Kampung Sri Jaya dekat Semporna, Sabah di antara pihak keselamatan dengan pengganas bersenjata dari selatan negara jiran yang dikenali sebagai Askar Diraja Sulu 10 tahun lalu, mengorbankan lapan pegawai serta anggota polis yang terlibat dalam operasi dikenali sebagai ‘Op Daulat’.

Semoga Allah limpahi rahmat dan mengamponkan dosa mereka yang terlibat dan menempatkan mereka bersama yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help