Majlis Santapan Diraja Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak
November 4, 2023
Malam ini di Kuala Kangsar, saya hadir ke Majlis Santapan Diraja Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, di sini, malam tadi.
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Magfur-Lah yang dimasyurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014, menyambut hari keputeraan rasmi baginda ke-67 semalam.
Turut berangkat ke majlis malam tadi ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan DYMM Raja-Raja Melayu serta Permaisuri.