Majlis Sambutan 135 Tahun JUPEM

September 22, 2020

Majlis sambutan 135 tahun Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia – JUPEM telah disempurnakan oleh saya di Wisma LJT, Kuala Lumpur.

Sebagai salah satu jabatan terawal di Malaysia, JUPEM memainkan peranan penting dalam urusan melibatkan pengukuran hak milik tanah, strata, ukur geodetik, pemetaan, persempadanan darat dan maritim serta membantu menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Produk JUPEM menjadi maklumat geospatial asas dalam bentuk perancangan pembangunan fizikal serta pembangunan sosio ekonomi negara.

Ketika negara dilanda pandemik Covid – 19, JUPEM membuat pemantauan menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) serta menyediakan aplikasi dashboard peta interaktif untuk membantu Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat ini memberi manfaat kepada frontliners yang menjalankan tugas membasmi Covid-19.

JUPEM juga turut menyediakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Penyampaian Maklumat Geospatial Bencana sebagai manifestasi kesiapsiagaan menghadapi bencana. PTO ini melibatkan sepuluh (10) jenis bencana iaitu banjir, pencemaran air, pencemaran udara, tsunami, gempa bumi, pencerobohan tanah, tanah runtuh, wabak, utiliti dan kebakaran hutan.

Selamat ulang tahun ke-135 JUPEM dan semoga terus merekodkan kejayaan di tahun-tahun akan datang!

#KeTSAMalaysia
#JUPEM135Tahun
#Jupem

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help