Majlis Ramah Tourism Malaysia Di Paris Perkukuh Promosi Pelancongan Negara

September 19, 2026

PARIS – Majlis Ramah Tourism Malaysia yang berlangsung di Restaurant Fi’Lia, Pullman Paris Montparnasse pada 18 dan 19 September lalu menjadi platform penting bagi mempromosikan keunikan pelancongan Malaysia kepada komuniti antarabangsa di ibu negara Perancis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong turut hadir pada majlis tersebut. Kehadiran beliau dilihat signifikan memandangkan Lenggong Tourism Council merupakan salah satu rakan pempamer dalam pavilion Malaysia di pameran perdagangan pelancongan IFTM Top Resa 2026 yang berlangsung sebelum itu, dari 15 hingga 17 September di Paris Expo Porte de Versailles.

Pavilion Malaysia di IFTM Top Resa 2026 yang terletak di Stand A014 telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim. Penyertaan kali ini diketuai oleh Pengarah Tourism Malaysia Paris, Zalina Ahmad, dengan kerjasama rakan industri termasuk Malaysia Airlines, Asian Trails, Sarawak Tourism Board, Lenggong Tourism Council dan Bamboo Adventures.

Penyertaan Malaysia pada tahun ini amat bermakna berikutan pengiktirafan Lenggong sebagai UNESCO Global Geopark pada April 2026, sekali gus menjadikan Lembah Lenggong sebagai destinasi yang memiliki dwi-pengiktirafan UNESCO, satu-satunya di Semenanjung Malaysia. Laluan penerbangan terus harian Malaysia Airlines antara Kuala Lumpur dan Paris-Charles de Gaulle yang dipulihkan sejak Mac 2025 turut menjadi pemangkin penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong Perancis ke Malaysia.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada kempen nasional Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan pengukuhan kehadiran Malaysia di pasaran Eropah, khususnya Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help