Majlis Ramah Mesra Masyarakat India Parlimen Lenggong
January 1, 2022
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong hari ini mengadakan Majlis Ramah Mesra Masyarakat India Parlimen Lenggong di Dewan Serbaguna Taman Kota Tampan Lenggong.
Majlis disempurnakan oleh YAB DS Menteri Besar Perak yang juga ADUN Kota Tampan Lenggong.
Dalam majlis ini sumbangan telah disampaikan kepada 150 keluarga masyarakat India Lenggong. Sumbangan topi kaledar juga diberikan kepada golongan muda India Lenggong.
Sebagai Ahli Parlimen Lenggong, penekanan diberikan oleh saya kepada usaha meningkatkan pendidikan masyarakat India.
Majlis juga dihadiri pimpinan MIC Lenggong pelbagai peringkat, Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong, Ketua Wanita UMNO Lenggong, Ketua Puteri UMNO Bahagian Lenggong dan ramai pimpinan UMNO Bahagian Lenggong yang lain.