Majlis Ramah Mesra KDN Dengan Anggota RELA Wadah Kukuhkan Hubungan

November 11, 2025

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama dengan Warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kimanis, Bongawan serta Membakut, Sabah yang menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan antara kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan warga RELA di sini.

Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa KDN sentiasa memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman, sejahtera dan menikmati keselamatan yang terpelihara.

Beliau turut menekankan bahawa RELA merupakan salah satu jabatan penting bawah KDN yang sentiasa diberi perhatian dalam setiap proses penambahbaikan dan perubahan organisasi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas pelibatan aktif RELA di kawasan berisiko tinggi yang menjadi bukti pengiktirafan kerajaan atas keupayaan serta sumbangan RELA demi menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat.

Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan komitmen anggota RELA, majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada anggota RELA yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka di lapangan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Ketua Pengarah RELA (Pengurusan), TKPjR Tuan Mahadir Smoh, serta para anggota RELA dari kawasan Kimanis, Bongawan dan Membakut yang memenuhi dewan dengan semangat kesukarelaan dan perpaduan yang tinggi.

Program ini turut mencerminkan komitmen KDN bagi memperkukuh jaringan bersama dengan rakyat melalui pendekatan turun padang dan komunikasi dua hala yang mesra serta inklusif, selaras dengan semangat.

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help