Majlis Ramah Mesra & Dialog Di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat MP Lenggong
MAJLIS RAMAH MESRA & DIALOG Bersama Ketua UMNO Cawangan & Mantan Ketua Kampong Parlimen Lenggong ( Dalam DUN Kota Tampan ) di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat MP Lenggong.
Saya nyatakan dalam majlis ini,
UMNO BN berhadapan dengan cabaran besar. Kerajaan PH sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa.
Dan bukan senang kepada mana mana pimpinan UMNO, memimpin diketika UMNO bukan lagi memegang kuasa memerintah. Diketika menjadi pembangkang kita tiada apa apa lagi sebagaimana dulu.
Namun saya amat bangga kesetiaan pimpinan dan ahli UMNO diperingkat akar umbi sangat tinggi. Ini sumber kekuatan parti.
Yakinlah. Jika kita sabar. Membuat pembetulan, perkukuhkan perjuangan, terus berkhidmat pada rakyat. Insyallah UMNO akan jadi parti yang lebih hebat berbanding sebelum ini.
YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
#maluapabossku #lenggong #gerik