Majlis Ramah Mesra Bersama Kepimpinan Parlimen Lenggong
Sedialah mulai sekarang untuk mendapat mandat Rakyat
Membentuk kerajaan dengan mendapat mandat daripada rakyat sangat penting bagi UMNO. Melalui cara ini ia memberikan keyakinan pelbagai pihak kepada Kerajaan dan dengan sendirinya akan menyebabkan kita mudah melaksanakan agenda yang dirancang.
Namun demikian kita mesti bekerja kuat, tanpa menanti pengumuman pilihanraya dilakukan. Kerja memperkukuhkan kekuatan parti mesti dilakukan segera.
Pastinya dengan dengan perlaksanaan undi mulai umur 18 tahun, landskap politik negara akan berubah. Oleh itu pendekatan dan cara kita bekerja juga mesti berubah. Khidmat kita jangan hanya kepada ahli parti sahaja. Kita mesti berkhidmat dan berbakti kepada rakyat keseluruhannya.
Ucapan ini saya sampaikan dalam Majlis Bersama Pemimpin MCA Lenggong.
Saya mengadakan pertemuan dengan kepimpinan MCA Lenggong di Dewan Serbaguna Kota Tampan Lenggong. Hadir ialah Dato’ Ketua Bahagian MCA bersama Jawatankuasa Bahagian MCA Lenggong dan 11 Ketua Cawangan MCA dalam Bahagian Lenggong.
Selain itu, turut bersama ialah Ketua Wanita UMNO Lenggong, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Ketua Puteri UMNO Bahagian Lenggong bersama Jawatankuasa masing-masing.
Dalam majlis ini saya menyampaikan peruntukan kepada MCA Bahagian dan MCA Cawangan dalam Bahagian Lenggong untuk mereka melaksanakan aktiviti masing-masing.
#teamDSAN #pelancongan #rumahtiang16 #mca #parlimenlenggong #akisgallery #UMNOBN #geopark