Majlis Ramah Mesra Berama Dengan Warga KDN Negeri Sabah
KOTA KINABALU, 6 November 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Majlis Ramah Mesra bersama dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sabah bertempat di Dewan Seri Bayu, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Program ini menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan antara kepimpinan dan warga kerja KDN di negeri ini.
Dalam amanat beliau, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri menekankan kepentingan tatakelola yang baik, kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan, serta penerapan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dalam setiap aspek tugas harian. Pendekatan ini seiring dengan hasrat KDN Reformasi MADANI untuk mempercepat urusan, memperkukuh integriti dan memastikan setiap tindakan berasaskan data serta memberikan impak positif kepada rakyat
Kehadiran para pegawai jabatan dan agensi KDN ini memperlihatkan semangat kebersamaan dan komitmen warga KDN negeri Sabah untuk terus melangkah ke arah pentadbiran yang cekap, beretika dan berinovasi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#KDNReformasiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#KDNSejahteraMADANI
#KDN
#TMDN

