Majlis Perjumpaan Bersama RELA Negeri Perak
May 12, 2023
Peranan dan sumbangan RELA sangat berharga kepada rakyat dan negara. Bersama dengan pasukan keselamatan yang lain RELA sentiasa bersama ketika bencana, dan sebagainya.
Kerana itu kerajaan sentiasa memberikan perhatian terutama berkaitan kebajikan anggota RELA disemua peringkat.
Saya sangat menghargai sumbangan anggota RELA.
Hari ini saya bersama Pegawai dan Anggota RELA seluruh Perak dalam Majlis Perjumpaan & Jamuan Aidilfitri RELA Perak.
Bersama saya ialah Ketua Pengarah RELA Malaysia, Timbalan Ketua Polis Perak, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak dan Ketua Jabatan serta Agensi KDN di Perak.
Dirakamkan ucapan tahniah kepada RELA Perak.