Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri

February 14, 2024

PUTRAJAYA, 14 Februari 2024 – Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, Perhimpunan berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa 8. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjadi penganjur bagi perhimpunan bulanan kali ini.

Dalam majlis tersebut juga YBrs. Puan Norazlinda binti Abdul Aziz, Pegawai Pendaftaran Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara sebagai wakil penerima untuk menerima Sijil Pentauliahan Ahli AKRAB JPN dan gimik peluncuran Sistem Permohonan Salinan Sah Daftar Kelahiran (SSDK) oleh YB Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri saya turut hadir bersama, YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBrs. Tuan Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta YBrs. Tuan Saiful Yazan bin Alwi, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Operasi). Dan warga KDN dari pelbagai jabatan dan agensi.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help