Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara

February 1, 2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 262 orang peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2023 Zon Sabah terdiri daripada 172 dari Negeri Sabah dan 90 dari Negeri Sarawak yang diraikan pada hari ini setelah berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama 23 minggu.

Kursus sijil asas yang dilalui ini dapat membantu peserta menyesuaikan diri dengan suasana bekerja di Jabatan Penjara yang memerlukan pegawai-pegawai berdaya tahan dari segi mental dan fizikal.

Tugas yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia meliputi keselamatan serta pemulihan adalah mencabar dan berisiko. Adalah menjadi harapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melihat warganya sentiasa maju, berkemahiran dalam pelbagai bidang dan terus menimba ilmu pengetahuan kerana cabaran dan dugaan lebih mencabar pada masa-masa akan datang.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. KJP Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad, Ketua Pengarah Penjara dan YBhg. Datuk KPjR Yahya Bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help