Majlis Perasmian Penutupan Kem Kepimpinan Belia & Tunas Harapan
Hari ini saya menyempurnakan Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil Program Kem Kepimpinan Belia Dan Tunas Harapan yang melibatkan pejabat dari 3 buah sekolah Menengah di Lenggong iaitu:
a. SMK Dato Ahmad Lenggong
b. SMK Tan Sri Aziz Yeop Lenggong
c. SMK Sultan Azlan Shah Lenggong
Pelbagai pihak terlibat selain daripada Pusat Khidmat MP Lenggong, Pejabat Daerah Tanah Lenggong, Polis Lenggong, Sekolah Sekolah Menengah Dalam Daerah Kecil Lenggong, dan Amazing Camp Legacy Kg Kuak Lenggong.
Kem yang dianjurkan sebabyak 2 siri melibatkan pelajar pelajar dalam usaha membina keperibadian dan sahsiah agar menjadi pelajar baik dan sempurna.
Majlis dihadiri Ketua Polis Gerik, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong, Pengetua dan wakil Pengetua Sekolah, Pemghulu Mukim dan ibubapa pelajar.
Ybhg Dato Rashid mengedalikan kursus ini dengan jayanya.