Majlis Perasmian Penutup TOT Modul Geosekolah Peringkat Sekolah Rendah Lenggong Geopark

June 16, 2023

MODUL INI MERUPAKAN MODUL YANG PERTAMA DIBANGUNKAN DI MALAYSIA DAN TIADA DILAKSANAKAN DI MANA MANA GEOPARK DI MALAYSIA KECUALI LENGGONG GEOPARK.

Saya merasmikan Penutupan Kursus Training Of Trainers Geosekolah Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark yang saya sendiri Pengerusikan.

Program Geosekolah adalah program kesedaran awam dan pendidikan yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark Lenggong Geopark, di mana Jabatan Mineral Geosains (JMG) telah terlibat secara langsung di bawah Kluster Kesedaran Awam Kumpulan Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diketuai oleh Pejabat Pendidikan Hulu Perak untuk membangunkan modul geosekolah.

Modul ini merupakan modul yang pertama dibangunkan di Malaysia. Belum ada lagi di mana-mana geopark di Malaysia. Dan Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark Berhasrat menghasilkan modul Geosekolah ke peringkat seterusnya iaitu menengah dan peringkat pengajian tinggi. Ketika ini sekolah sekolah yang terlibat dalam kawasan Lenggong Geopark ialah:

1. Sekolah Kebangsaan Lenggong
2. Sekolah Kebangsaan Gelok
3. Sekolah Kebangsaan Lubok Kawah
4. Sekolah Kebangsaan Luat
5. Sekolah Kebangsaan Raban
6. Sekolah Kebangsaan Bukit Balai
7. Sekolah Kebangsaan Ganda Temenggor
8. Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi
9. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kota Tampan
10. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kota Lima
11. Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi

Geosekolah telah melibatkan tenaga pengajar dari institusi pengajian tinggi Universiti Kebangsan Malaysia ( UKM ) dan pakar-pakar geopark iaitu Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak dan Prof. Dato’ Dr Mokhtar Saidin selaku penasihat Lenggong Geopark.

Melalui Geoschool (Geoducation) akan memberi peluang menyampaikan pendidikan kepada pelbagai peringkat umur bermula daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa. Umumnya Geosekolah menyediakan pembelajaran di luar bilik darjah yang sangat baik untuk mengajar pelbagai kemahiran, membangunkan pemahaman tentang persekitaran semula jadi dan konsep penting dalam sains alam sekitar.

Kursus TOT Geosekolah yang diadakan di Lenggong pada 14 – 16 Jun 2023. Kursus yang berjaya ini melibatkan Pensyarah dari UKM, Pegawai JMG Perak, Fasilitator , 21 Peserta daripada sekolah sekolah yang terlibat, Geoguide Lenggong Geopark. Keseluruhan yang terlibat seramai 44 orang.

Sepanjang kurus ini ia melibatkan kelas teori asas geologi dan psikologi serta lawatan lapangan ke lima geotapak di dalam Lenggong Geopark iaitu Geotapak Sentuhan Granit Lata Kekabu, Geotapak Landskap Tasik Raban, Tapak Geoarkeologi Gua Kajang, Geotapak Gunung Berapi Debu Toba dan Geotapak Hentaman Bukit Bunuh serta Galeri Lenggong Geopark di Kota Tampan.

Beberapa aktiviti menarik lain telah dijalankan sepanjang program seperti projek geologi mudah di mana projek ini memberi gambaran sebenar proses geologi secara mudah difahami . Melalui aktiviti ini peserta dapat pengalaman mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi di dalam kelas dengan reality di lapangan.

Sangat diharapkan program ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar tentang keunikan Lenggong serta sumber mampannya.

Melaluinya ia mampu memupuk semangat dan jati diri dalam kalangan pendidik, pelajar dan masyarakat untuk melestarikan alam sekitar pada setiap aktiviti kehidupan harian. Paling utama menghargai Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Lenggong Geopark.

Kita harap ramai DUTA KECIL dilahirkan melali Geosekolah. Ini merupakan hala tuju jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark iaitu untuk melahirkan duta kecil Lenggong Geopark bagi melestarikan Lenggong Geopark.

Saya yakin usaha dan inisiatif membangunkan modul geosekolah ini dapat mewujudkan jaringan antara sekolah-sekolah di dalam Lenggong Geopark dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan sehingga Antarabangsa.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help