Majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

January 10, 2024

10 Januari 2024 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri menghadiri dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan Anggota Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diadakan di Bilik Sidang Media, Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri.

IPCC berfungsi dan berkuasa sebagai badan pemantau bebas terhadap pasukan polis dari aspek siasatan aduan salah laku. IPCC juga mempunyai fungsi dan peranan tersendiri seperti menerima aduan salah laku anggota Pasukan Polis, Menyiasat aduan salah laku anggota Pasukan Polis yang diterima, Mengesyorkan tindakan tatatertib anggota Pasukan Polis yang terlibat dengan salahlaku dan memulakan siasatan sendiri tanpa rujukan daripada mana-mana pihak demi kepentingan awam.

Sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri saya turut hadir bersama YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN dan YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN.

#KeselamatanTanggungjawabBersama #MalaysiaMadani #KementerianDalamNegeri #KDNMadani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help