Majlis Penyerahan Rasmi Galeri Lenggong Geopark Kota Tampan

July 30, 2023

Secara rasminya GALERI LENGGONG GEOPARK di Kota Tampan, Lenggong Perak telah secara rasminya diserahkan setelah projek pembinaannya yang berjumlah RM2.3 juta sumbangan Yayasan Al Bukhary siap dalam pembinaan.

Bangunan ini akan menempatkan pelbagai maklumat penting mengenai Lenggong Geopark yang menjadi pintu masuk dan sumber rujukan utama kepada pelancong atau pelawat yang datang ke Kawasan Lenggong Geopark.

Projek pembinaan ini diluluskan dan disumbangkan oleh Yayasan Al Bukhary ketika saya menjadi Menteri Tenaga & Sumber Asli.

Saya yakin dengan adanya galeri ini ia akan mampu menarik peminat pelancong dan pelawat dari dalam serta luar negara ke Lenggong.

Hari ini saya berucap dan menyaksikan penyerahan tersebut yang dihadiri juga oleh Penasihat Yayasan Al Bukhary.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help