Majlis Penyerahan Borang Notis 5A Penempatan Setinggan In Situ Di Mukim Durian Pipit Lenggong

April 8, 2022

Majlis penyerahan BORANG NOTIS 5A PENEMPATAN SETINGGAN IN SITU DI MUKIM DURIAN PIPIT LENGGONG PERAK oleh YAB Dato Sri Saarani Mohamad Menteri Besar Perak/ADUN Kota Tampan Di KKTM MARA Lenggong.

Perjuangan YAB Dato Sri Saarani Mohamad ADUN Kota Tampan Lenggong bagi memberikan Geran Tanah kepada penduduk Kg Kelantan, Pengkalan Ikan, Pelagut Padang Luas, dan Kg Raban Lenggong sejak lebih 20 tahun lalu membuahkan hasil dibulan Ramadan yang mulia ini.

Saya secara peribadi tahu bagaimana beliau usahakan sejak beliau belum menjadi Wakil Rakyat lagi. Saya membantunya bersama ADUN Kenering. Disetiap kali mesyuarat Jawatankuasa Tanah Lenggong perkara ini akan sentiasa beliau utamakan.

Alhamdulillah saya yakin penduduk yang terlibat pasti lega. Dan saya dengar ucapan beliau yang tidak menggunakan teks rasmi yang disediakan.

Beliau bercakap dari hatinya dengan ikhlas dan pastinya beliau berharap kita bersyukur kerana semua ini.

Sebenarnya, usaha memastikan penduduk di kampung-kampung ini mendapat geran tanah sangat dekat dihatinya. Ia telah dilakukan sejak 3 MB Perak yang lalu, dan akhirnya berhasil apabila beliau sendiri menjadi Menteri Besar Perak.

Tahniah. Alhamdulillah.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help