Majlis Penutup Seminar Jaringan Geopark Lenggong

March 7, 2024

Ucapan di Majlis Perasmian Penutup Seminar Jaringan Lenggong Geopark 2024

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan Majlis Daerah Lenggong kerana menjemput saya merasmikan Majlis Perasmian Penutup Seminar Lenggong Geopark 2024 pada malam ini.

Paling utama terima kasih atas kehadiran, Geopark & Institusi pendidikan dari seluruh negara ke Lenggong. Kawasan parlimen yang saya wakili.

Terima kasih kepada YBrs. Dr. Abdullah bin Sulaiman Timbalan Ketua Pengarah ( Korporat dan Ekonomi Mineral.) Jabatan Mineral dan Geosains Msia,YBhg. Prof. Dr Che Aziz Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan Malaysia, YBhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Timbalan Presiden UNESCO Global Geopark dan pembentang dari semua badan pengurusan geopark yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan penuh dedikasi.

Perkongsian Ilmu dari seminar ini sangat berharga dalam usaha kita memajukan kawasan geopark terdapat di Malaysia ini.

SEJARAH LENGGONG GEOPARK
10 Mac 2020 dilantik KeTSA. 13 Mac 2021 saya jejak kaki di Kementerian Tenaga & Sumber Asli ( Sebelum meletakkan jawatan pada 3 Ogos 2021 ). Pelbagai taklimat saya dengar. Dan yang mula mendengar mengenai Geopark dalam siri siri taklimat yang diadakan di KeTSA.

Kemudian sempat ke Geopark Perlis, Langkawi, Jerai , Lembah Kinta. Dan saya ingat pada APRIL 2020 saya mula berbincang dgn KSU Kementerian Tenaga & Sumber Asli ( KeTSA ) dan minta KeTSA melalui Jabatan Mineral Dan Geosains ( JMG ) turun ke Lenggong kerana saya yakin berasaskan lawatan yang LENGGONG PUNYAI KELEBIHAN untuk DIIKTIRAF SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN & YAKIN BOLEH sebagai UNESCO Global Geopark ( UGGp ) Ke 3 di Malaysia.

Alhamdulillah. Berkat kesungguhan JMG Ibu Pejabat & Perak. Disokong oleh Kerajaan Perak Lenggong akhirnya diktiraf pada 16 Dis 2021 ( 3 bulan selepas saya meletakan Jawatan Menteri KeTSA ).
Dan terima kasih kepada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang bersetuju mencalonkan Lenggong ke arah UGGp Ke 3 di Malaysia setelah Kerajaan Perak bersetuju dengan pencalonan ini.

GEOPARK : Penting – Pembangunan yang mementingkan Kelasterian Alam. Memelihara Hutan, Membangunkan Komuniti dan sebagainya. Ia sangat sesuai di Lenggong.

Kerana itu seminar ini penting. Kita boleh jadikan ini jambatan kepada pengembangan jaringan geopark di seluruh negara.

KERANA ITU, untuk lebih jauh SAYA TELAH CADANGKAN dan memaklumkan kepada YAB Menteri Besar Perak supaya LENGGONG DIALOG : GEOPARK Malaysia Indonesia diadakan. Ini penting supaya jaringan Geopark akan lebih besar lagi dapat dibina demi kepentingan bersama.

Umum mengetahaui keunikan geologi dan warisan alam di kawasan geopark adalah satu khazanah tidak ternilai yang perlu dijaga dengan penuh keperihatinan. Saya yakin seminar ini, pasti membincangkan bagaimana untuk terus memelihara serta mempromosikan keindahan dan keunikan ini kepada dunia.

Kerana itu pemeliharaan khazanah ini selain dijaga dan dibangunkan. Espek Peyelidikan yakni pendidikan penting. Kerana itu saya berhasrat dan bercadang mewujudkan PUSAT PENYELIDIKAN GEOPAK LENGGONG : Focus kepada bidang Pelancongan, Akuakultur, Pertanian & Alam Sekitar. – Lenggong sesuai menjadi kawasan universiti terbuka dan dengan kehadiran pelajar dan ilmuan dari seluruh negera dan luar ia akan memberikan impak lebih besar kepada negeri dan negara ini serta pastinya Lenggong.

Saya percaya bahawa setiap usaha kecil yang kita lakukan akan memberi impak besar kepada kelestarian alam sekitar. Kawasan Geopark bukan sahaja menjadi warisan kita, tetapi juga warisan untuk generasi akan datang.

Harapan saya jaringan geopark ini dapat menjadi sebahagian jaringan yang dinamik. Selain daripada itu ia juga menjadi tempat perkongsian idea dan amalan terbaik antara setiap geopark dalam malaysia. Justeru ia dapat membentuk satu komitmen untuk bekerjasama untuk meningkatkan standard kualiti produk dan amalan terbaik dalam semua geopark. Saya juga mencadangkan seminar dibuat 2 tahun sekali oleh badan pengurusan geopark yang lain dan diangakat di dalam Mesyuarat Jaringan Geopark.

Saya mengajak kita semua untuk terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha pembangunan geopark dalam negara.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help